hAi!!!siNggaH lu...mEh shaRe gAmbAr kOranG

Monday, December 27, 2010

SEKADAR SATU PERSINGGAHAN

KETIKA diri mencari sinar,secebis cahaya menerangi lautan,
ada kalanya langkahku tersasar, tersungkur di lembah kegelapan...
BAGAIKAN terdengar bingkisan rindu mengalun kalimah menyapa keinsafan,
kehadiranmu menyentuh kalbu, menyala obor pengharapan.

              TIKA kealpaan kau bisikan bicara keinsafan,
               kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan,
               SAATku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan,
               saatku  meragukan keampunan Tuhan,
               kau katakan rahmatnya mengatasi segalanya.....akhirnya aku pasrah

                                 MENITIS air mataku keharuan kepada sebuah PERTEMUAN,
                                 kehadiranmu mendamaikan hati yang dulu keresahan,
                                 CINTA yang makin kesamaran kau gilap kebahagian,
                                 tulus ikhlas menjadi ingatan,dengan kasih rahmat-Mu oh Tuhan..

TITISAN air mata menyubur cinta,
dan rindu pun berbunga,
MEKAR tidak pernah layu,
damainya hati yang dulu resah keliru.

                 CINTA tak akan pudar,
                 diuji dugaan,
                 mengharum dalam harapan,
                 MOGAKAN kesampaian kepada Tuhan,
                 lantaran dipilih hamba kerdil dan hina..

                                  MENITIS airmataku keharuan di atas pertemuan,
                                  kehadiranmu mendamaikan hati yang dulu keresahan,
                                  SYUKUR sungguh di hati ini, dikurniakan TEMAN SEJATI,
                                  menunjukan jalan dekati-Nya tika diri dalam kebuntuan,
                                  DI SAAT aku menghargai kejujuran yang kau berikan,
                                  mengajarku mengerti erti CINTA HAKIKI yang abadi,
                                  tiada impian, selain rahmat kasihmu Tuhan,
                                  yang terbias pada ketulusan sekeping hati SEORANG INSAN bernama  
                                  TEMAN

Friday, December 24, 2010

Sang Bulan

insanKu sayang!!!!titisan air mata yang jatuh mengalir takala bayangannya bermain di benak fikiran.Tanpa aku menyedari aku  telah membina satu istana bermula dengan gerbang bertatahkan kasih sayang,ku bajai tanaman yang mewangi dengan penuh hemah..Tapi tidakku sangka istana yang ku bina merupakan satu jerat yang dibina oleh diriku sendiri..Bunga yang ku semai bertukar menjadi racun berbisa.Setiap pengorbananku itu merupakan satu perangkap yang telah membuat aku  seperti terdampar didalam kurungan gelap.Apakah sebenarnya erti kasih sayang di sebalik pengorbanan???Adakah aku tersilap tafsir ertinya atau aku yang tidak mampu mengatur langkahku menghiasi gerbang kebahagiaan???Aku yang disangka seorang yang berjiwa kental dan bermotivasi tidak dapat melindungkan lagi kelemahan pada diri ini.Siapa aku untuk meneruskan kehidupan yang bernoda ini???.Apabila aku merenung pada sang bulan,aku tertanya-tanya,mengapa engkau menerangi alam ini???Adakah itu ialah  satu pengorbanan engkau untuk menyuluh onak duri dan liku-liku kehidupan kepada semua hamparan dimuka bumi ini???Tetapi engkau tidak mengharapkan sebarang balasan daripada mereka..Adakah itu yang perlu aku buat???mungkin aku patut mengajar diriku menjadi seperti sang bulan!!!-bersama angin lalu ku sisipkan kerinduan

Thursday, December 23, 2010

sahabat

perkenalan dalam satu majlis ilmu membawa aku jauh kesini.kerana sahabat aku sanggup berkorban ape sahaja.aku tidak mengharapkan sebarang balasan tapi aku hanya ingin membalas segala kebaikan mereka.setiap detik dan saat bersama mereka menjadi satu kenangan terindah bagiku!!setiap mereka mempunyai attitude yang berbeza.walaupun begitu,tutur kata dan perbuatan mereka mencuit hatiku.kemarahan bertukar kegembiraan,keletihan bertukar senyuman..merekalah insan yang aku sayang.aku meletakkan mereka  tinggi standing dengan keluargaku dan rendah sedikit pada kedua-dua ibubapaku...-BEST FREND FOREVER