hAi!!!siNggaH lu...mEh shaRe gAmbAr kOranG

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

MAULIDUR RASUL Pictures, Images and Photos
sambutan maulidu rasul amat meriah di qlate.kalau  kat sini,sambutan dah macam majlis kenduri kawin aq ase.si2 orang buat makan,sini orang buat makan.tapi  x pe lah,x laen x bukan aq jugak yang untung..makan free,huhuhu!!tapi yang penting, skali ialah penghayatan kita kepada sirah dan perjuangan nabi kita SAW.selawat dan salam ke atas junjungan akan mengikat kan lagi rase kasih dan cinta kepada baginda.sebelum baginda wafat,baginda sempat lagi meninggal kan wasiat kepada kaum muslim agar kita tidak meniggalkan solat.solat adalah perintah allah yang mane wajib atas seseorang itu mendirikannya selagi dia bergelar muslim.tapi aq perhati sekarang.ramai orang yang solat  hanya sekadar  mencukupkan rukun islam.korang  boleh faham x??bia aq perjelaskan..apabila masuk waktu solat,kita rasakan solat diawal waktu atau  diakhir waktu bagaikan tiada beza..asalkan kita solat..

pokok pangkalnye,kita sebaeknya ,mengusahakan solat berjemaah..sebahagian ulama' mengatakan hukum solat berjemaah fardhu ain manakala sebahagian yang lain pula mengatakan fardhu kifayah.di samping itu ada setengah pula berpendapat sunat muakkad dan inilah pendapat iman Syafi'ie r.a...

sabda rassulullah SAW:"solat berjemaah itu lebih afdal (bagus) daripada solat berseorangan dengan kadar 27 darjat(pangkat)".

seharusnya.solat nie mesti lah menjadi tanggunjawab kita yang utama.di dalam solat terkandung pelbagai  fadhilat.sesengguhnya solat itu juga manpu mencegah kemungkaran.pada kedatangan maulud nabi nie,mari lah kita same2 mendekatkan diri pada junjungan besar nabi muhammad SAW.baginda juga sempat membasahkan bibir dengan mengucapkan kalimah 'umati' iaitu umatku sebanyak 3 kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.kita seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran pada peristiwa ini.kalau sampai hayat terakhir pom sempat teringat kat kita..berapa kali kah kita selawat dalam sehari kepada nya tanda ingatan kita  kepada nya???adakah hanya dalam solat???itu pom kerana hendak meng sahkan solat kita..tapi kalu selawat tu x de dalam rukun solat???terdapatkah ruang kita mengingatkan diri kita kepada nya ???

 aq perpesan kepada diriku dan orang laen yang sempat meluangkan  mase untuk membaca nie,moga2 selepas ini kita akan lebih lagi menunjukkan rasa cinta kita kepada baginda,bukan hanya pada hari tertentu..malah setiap mase.marilah kita seimbangkan pengisian dunia dan akhirat.semoga kita berusaha mengamalkan sunahnya.semudah-mudah sunah ialah dengan mendahulukan tangan kanan seperti memakai cincin atau jam..

sekian dulu..salam maulidur rasul dari ku...!!! 

Wednesday, February 9, 2011

Bertemu Berpisah Kerana Allah


Citer pasal persahabatan nie telah lama aku pendamkan ,kalau aku citer..aku takut ada orang yang termakan  hati pulak an,,,tapi aku bukan lah egois sangat sehinggga sanggup memutuskan tali persahabatan.yang jelas,aku punyai alasan sendiri untuk membuat keputusan.aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini.benda nie tidak laen tidak bukan datang dari diri aku sendiri.aku yang mula bermaen api,so aku lah yang bertanggunjawab memadamnya  balik.tapi apabila api yang dulu kecil kini sudah semakin marak amat sukar dikawal oleh aq sendiri.kalau aku x mulakan,x munkin ada yang terasa  hati,benci,tersimpan dendam yang aq tidak perasan.
Rasulullah SAW pernah bersabda:~”seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya,maka hendaklah diperhatikan siapa harus dipilih sebagai teman/rakan.Al-qamah seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat ,antaranya
1)jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upaya
                2)jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu,dia akan menghargainya.
                3)jika enkau membuat bakti kepadanya,dia akan melindungimu
4)jika engkau berdua berselisihan faham ,dia akan mengalah untuk menjaga hubungan persahabatan itu
perhubungan samaada persahabatn@mane2 yang melibatkan hati memang pedih apabila ia menemui kegagalan.aku rase dah cukup aku menjalinkan hubungan sesame bukan muhrim nie walaupun  ia sekadar persahabatan.aku bukan x nak hidup tanpa kawan,tapi kalu aku lebih mengagongkan rakan yang  berketurunan kaum adam sahaja lebih mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan.aku  bukan benci akan kaum hawa nie,tapi apabila pergaulan sesame bukan muhrim boleh memanipulasikan pelbagai  keadaan +perasaan jika tidak diletakan batas2 pergaulan.walaupun aku telah cuba pertahankan batas tu,akan tetapi ada juga orang yang cuba mengapi-apikan  keadaan.pegangan iman yang  menjadi pengukur kepada  keteguhan persabatan sesame bukan muhrim.tapi tahap keimanan aku tak macam orang laen..iman aku mungkin tak setebal pom kulit bawang,malah nipis lagi pada 2.aq hanya mampu berdoa pada ilahi agar dikuatkan iman,dijauhkan penyakit hati dan beramal soleh.
Aq tidak katakan  aq takkan berjumpa atau pernah berkawan lagi dengan rakan yang bukan muhrim.itu amat sukar sekali bagi diri aq.aq yakin dan percaya apabila kita akan pergi lebih jauh lagi samada dalam  bidang pengajian atau kerjaya perkejayaan,kita tidak akan lepas dari pergaulan sesame bukan muhrim dan bukan mahram.tapi aq harus ambil iktibar atas pergaulan sebelum nie.tak perlu lah aq  meletakkan mereka terlalu rapat dengan hati aq.cukup lah sekadar kawan dalam mencari jalan kehidupan masing-masing.apabila ia sudah masuk dalam hati kita,aq akui memang sukar untuk keluarkannya balik.tak semua keadaan akan kembali kepada bentuk asal tapi sekurang-kurangnya ia boleh menjadi satu anjakan paradigma  dalam hidup kita untuk  mencari penentu  antara cabang delima-delima kehidupan.
aq sedar,aku bukan lah alim sangat dalam bab hukum untuk menegakkan syariaat yang telah digariskan islam,tapi aku cuba!!!aq hanya manusia biase,tapi aq punyai perasaan seperti orang laen.aq bukan seperti sarang tebuan yang mana dijolok sedikit pom terus dibalas dengan sengat dan kesakitan,tapi aku cuba tanamkan dalam diri ini laksana pokok yang berbuah,walaupun aku di jolok,dilontar,ditarik,dipukul tapi aq balas dengan buah yang manis+enak+sedap dipandang dan dimakan.tapi apabila kita bersikap demikian,ada sesetengah insan yang tak pandai menghargai pemberian.aq memang benci orang yang bersikap lebih2.apa salah aq sampai kau sanggup potong dahang yang mana selama ini aq hadiahkan  kepuasan dalam kenikmatan???aq  xmeminta untuk kau membalas balik,tapi cukup lah sekadar  kau ingat saat2 kau menikmati kemanisan yang aq hadiahkan.
Sehelai kain putih lagi bersih,kalau ada setitik pom kekotoran,orang dah tak tengok tempat putih,orang akan perhatikan tempat kotor tu.aq rasa itu dah menjadi hukum semulajadi antara sesame manusia.aq sendiri pun samaada sedar atau tidak titik yang kotor tu,tapi aq harus terima kutukan,penghinaan semua itu.selagi aq bernama manusia,aq takkan lepas dari silap dan dosa.tak semua perbuatan kita disenangi oleh orang.masing-masing mempunyai naluri kehendak yang berbeza.munkin kita dah rasa memang sudah cantik dimata kita,tapi ia boleh jadi tidak cantik di mata orang laen.
aq rasa tidak salah aq meletakkan kawan nie  ditempat tinggi,tapi aku mempunyai risiko yang tinggi jugak untuk menghadapi hati budi seseorang.tugas aq untuk memastikan semua insan yang aku sayang tidak terasa hati dengan aku amat sukar untuk aq laksanakan.aq rasa dalam bab nie,bia aku undur diri lah.aq sudah tidak kuat lagi.setelah satu persatu dugaan mendatang,aq sendiri pom dah rasa bagai tersungkur..aq rasa better aq bergerak bersama kawan lelaki jew lah.kalau kawan perempuan,biar dia ikut jalan  dia lah.aq rasa mustahil untuk kita lalui jalan sama.aq bukan tidak ingin terima kebaikan yang ditawarkan oleh kaum hawa,malah aq amat menghargainya,tapi apabila keaadaan yang aq rasa dapat menganggu-gugat hati orang laen,baek kita jauhkan teruslah.mungkin ini jalan yang terbaik untuk hubungan persahabatan kita..aq memilih untuk menutup dahulu kisah persabatan diantara aq dan kaum hawa.kalau ada rezeki+izin allah+sudah bersedia,insyaallah kita akan buka balik.aq rasa tiba masanya untuk aq menukar haluan.aku harap agar pengalaman dapat mendewasakan  pemikiran.selamat tinggal sahabatku..maafkan daku  kiranya selama kita bersahabat telah menguriskan luka dihati kamu.terima kasih sebab sudi menjadi sahabatku walaupun  kita tak mampu kekalkan lagi!!!aq boleh katakan selama aq bersahabat dengan kamu,aq amat senang sekali!!!biar lah tuhan menjadi penentu kepada pertemuan akan datang!!!
~salam kerinduan+perpisahan+kejayaan…assalamualaikum!!!!!